IMAN ADDIN

Friday, January 21, 2011


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Aku Tak Mahu Suamiku Berdosa

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku

Aku tak mahu suamiku berdosa..

alt

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Penjagaan Gigi Bermula Dari Kecil

Mengapa perlu bersusah payah menjaga gigi susu sedangkan ia akan luruh juga?

Mungkin itu antara alasan yang terlintas di kotak fikiran ibu bapa apabila diberitahu akan kepentingan penjagaan gigi anak kecil mereka.

Kepentingan penjagaan gigi susu, sebenarnya berkait rapat dengan peranan penting yang dimainkan oleh gigi itu sendiri.

Ketua Jabatan Pergigian Padeatrik, Institut Pediatrik, Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Noraini @ Nun Nahar Yunus berkata, antara fungsi gigi susu ialah membantu pengunyahan makanan, membantu sebutan dan pertuturan serta membentuk keyakinan diri kanak-kanak.

Ujarnya, peranan paling penting gigi susu ialah menyediakan ruang yang cukup dan sejajar untuk pertumbuhan gigi kekal serta memastikan perkembangan rahang yang sempurna.

Penjagaan Seawal Bayi

"Gigi susu yang rosak atau tanggal sebelum waktunya akan menyebabkan ruang dan laluan untuk pertumbuhan gigi kekal tertutup, sekaligus menjadikan kedudukan gigi yang bakal tumbuh tidak sempurna," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya.

Jelasnya, secara semulajadi gigi susu pertama mula luruh sekitar usia enam tahun, namun jika ia luruh terlalu awal, gigi-gigi yang lain boleh tertolak masuk ke dalam ruang kosong yang terbentuk dan menghalang gigi kekal untuk tumbuh di lokasi yang betul.

Pendek kata, penjagaan gigi susu yang baik amat penting bagi memastikan kedudukan gigi kekal yang rata atau tidak berlapis.

Noraini mencadangkan agar ibu bapa mula mengambil berat penjagaan oral anak mereka seawal usia bayi lagi menerusi pemeriksaan gigi berkala sebaik sahaja gigi pertama bayi mereka tumbuh.

Sebaik-baiknya, ibu bapa hendaklah memupuk tabiat membersihkan gigi dan gusi bayi selepas setiap kali makan secara memberus atau menggunakan kain kasa lembut agar penjagaan gigi menjadi sebahagian daripada rutin harian anak.

"Cara memberus gigi anak yang betul ialah menggunakan berus gigi paling lembut dan saiz kecil, ubat gigi berflorida serta mengangkat bibir supaya gusi dan leher gigi dapat dibersihkan", katanya sambil menambah ubat gigi berflorida adalah baik untuk kesihatan gigi kanak-kanak asalkan tidak ditelan atau diberi secara berlebihan.

Elak Makanan Manis

"Ramai ibu tidak menyedari bahawa selain makanan manis, susu ibu dan susu formula adalah penyebab karies gigi di kalangan kanak-kanak.

"Gula ringkas dalam susu akan diuraikan secara semulajadi oleh bakteria di dalam mulut manusia melalui proses penapaian menjadi asid laktik yang akan menurunkan paras pH dalam mulut serta melarutkan permukaan gigi," jelas beliau.

Beliau juga menasihati ibu bapa agar tidak mencampurkan gula atau susu pekat manis ke dalam susu atau minuman bayi sebaliknya menggalakkan bayi yang telah tumbuh gigi diberikan air kosong selepas makan.

Tetapi bagaimana pula jika anak kecil berdegil mahukan makanan manis?

"Pemberian makanan manis termasuk gula-gula, coklat, biskut dan roti krim perlu dihadkan semasa waktu makan sahaja.

"Makanan manis yang diberi sebagai snek mudah lekat terutama di celah-celah permukaan gigi, menyukarkan pembersihan gigi dan menyebabkan asid sentiasa terbentuk dalam mulut bayi, sekaligus melarut dan mereputkan gigi susu," katanya.

Namun, Noraini mencadangkan, adalah lebih baik sekiranya anak-anak tidak diperkenalkan dengan makanan sebegitu. Jangan beli atau simpan stok snek sebegini di dapur rumah, tetapi sebagai altenatif, ibu bapa boleh menyediakan keropok atau potongan buah-buahan sekiranya anak-anak mahu snek di antara waktu makan.

"Lagipun, tabiat suka manis di kalangan rakyat Malaysia adalah tabiat yang dipelajari sejak kecil bukannya semulajadi," katanya.

Kenangan Di Sekolah Rendah

Mungkin ramai masih ingat akan kenangan di sekolah rendah apabila anda dan rakan-rakan sekelas beratur di tepi longkang bersama sebatang berus gigi dan secawan air?

Kemudian anda memberus gigi bersama-sama dengan panduan doktor gigi yang memegang sepasang gigi palsu besar sambil dibantu oleh beberapa jururawat.

Program seumpama adalah sebahagian daripada daya usaha kemasyarakatan oleh syarikat-syarikat ubat gigi untuk mendidik kanak-kanak tentang penjagaan kesihatan oral.

Malahan program seumpama masih dilaksanakan dengan yang terbaru dikendalikan oleh Colgate dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Persatuan Amal Yellow House Kuala Lumpur.

Ia diadakan di pasaraya Giant Kota Damansara baru-baru ini yang menyaksikan penglibatan kira-kira 26 kanak-kanak miskin dari Projek Perumahan Awam PPR Sri Pahang.

Anak-anak penerima bantuan kebajikan JKM yang berusia antara lima hingga tujuh tahun itu diraikan oleh maskot arnab Colgate iaitu 'Mr Brushwell' bagi 'merasmikan' zon aktiviti kanak-kanak Colgate di pasaraya itu.

Keceriaan di wajah mereka jelas kelihatan apabila dibawa menyertai pelbagai aktiviti termasuk permainan bercorak pendidikan, pertandingan mewarna dan demonstrasi memberus gigi dengan betul serta menonton video 'Dr. Rabbit and the Legend of Tooth Kingdom'.

Bantu Integrasi Kelurga Miskin

Pengarah Urusan Colgate-Palmolive Sdn. Bhd., Issam Bachaalani pada pelancaran kempen itu berkata, zon aktiviti selama dua hari itu diibaratkan sebagai satu 'titik pelancaran' kepada kempen tahunan 'Bright Smiles Bright Futures' sebelum ia mula menjelajah setiap sekolah rendah awam di Malaysia.

Jelasnya, pemilihan kanak-kanak untuk terlibat dalam program itu adalah sebahagian daripada usaha membantu integrasi keluarga miskin bandar tegar ke dalam sistem sokongan komuniti.

"Program sebegini amat bernilai bagi mereka memandangkan kebanyakan organisasi kebajikan hanya menganjurkan aktiviti kepada kanak-kanak dari rumah kebajikan," katanya pada majlis itu.

Tambahnya, selain mendidik kanak-kanak dari usia muda, ia juga memainkan peranan penting khususnya kepada ibu bapa tunggal yang tidak dapat meluangkan banyak masa kepada anak mereka.

"Matlamat asas kempen itu ialah mendedahkan kanak-kanak akan kepentingan penjagaan oral yang betul dan mendidik mereka dengan prinsip asas pencegahan masalah oral," kata Bachaalani.

Kempen Sama di 40 Negara

Kempen tersebut, jelas beliau, sebenarnya merupakan sebahagian daripada inisiatif pendidikan kesihatan oral yang sedang dilaksanakan bukan saja di Malaysia malah di lebih 40 negara yang merangkumi 23 juta kanak-kanak di dalam 30 bahasa, setiap tahun.

Ini bersesuaian dengan saranan doktor pergigian bertauliah yang menggariskan rutin penjagaan gigi secara total termasuk penggunaan flos dan pemeriksaan berkala setiap enam bulan adalah amat penting demi kesihatan kanak-kanak.

"Kami berharap agar ibu bapa menggalakkan anak mereka untuk terlibat sama serta menjadikan penjagaan oral yang dipelajari semasa kempen Colgate di sekolah masing-masing sebagai rutin," ujarnya.

Melebarkan lagi senyuman kanak-kanak yang terlibat ialah apabila mereka boleh memilih sendiri barangan keperluan sekolah seperti beg dan kasut bernilai RM100 setiap seorang dan produk Colgate.

Bachaalani turut menjemput orang ramai untuk membawa anak masing-masing ke program yang sama yang bakal diadakan di Tesco Extra Selayang pada 29 dan 30 Jan ini.

Pinanglah Akhwat Kerana Dakwah

Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

Melamar secara direct

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.

Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.

Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

Jadilah moderate dalam prosesnya

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

Friday, January 14, 2011

5 Mitos Fitness

Banyak pantang larang atau mitos mengenai makanan dan latihan ini. Makanlah yang ini, yang itu tak boleh, jangan buat itu, kena buat macam ni dan macam-macam lagi. Saya senaraikan 5 mitos yang paling selalu kita dengar:

Mitos 1 : Jangan Makan Kalau Nak Kurangkan Berat

Realiti : Benar, tapi ada tapinya. Tidak makan bermakna kurang kalori. Kurang kalori boleh menurunkan berat badan. Tetapi, ia akan menurunkan paras metabolisma dan tenaga dalam tubuh, menyebabkan otot tidak berkembang. Ia akan memberi masalah kepada kesihatan anda. Uruskan atau seimbangkan kalori mengikut 'bajet' anda.

Mitos 2 : Bila Semakin Tua, Otot Bertukar Menjadi Lemak

Realiti : Otot dan lemak adalah dua jenis tisu badan yang berbeza. Otot tidak boleh bertukar menjadi lemak. Begitu juga sebaliknya. Mitos ini sering dikaitkan dengan ahli sukan yang menjadi gemuk apabila sudah bersara. Mereka gemuk bukan sebab usia, tetapi tidak berlatih seperti waktu aktif. Ada juga yang tidak mengawal makanan mereka.

Kurang bersenam akan mengecutkan otot – malahan mengurangkan kadar bakaran tenaga dalam tubuh. Ditambah pula tiada latihan, tiada pembakaran kalori. Mereka akan menjadi gemuk. Tetapi, ini tidak bermakna otot anda bertukar menjadi lemak. Ini isu lain. Tidak semestinya anda akan gemuk apabila berhenti berlatih. Anda cuma perlu kurangkan penggunaan kalori. (Apa yang paling baik ialah amalkan makanan seimbang dan bersenam.)

Mitos 3 : Saya Hanya Perlukan Aerobik Sahaja

Realiti : Jika anda gabungkan latihan berat dengan aerobik atau kardio, kesan kehilangan lemak menjadi tiga kali ganda daripada senaman aerobik semata-mata.

Aerobik sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular, tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh. Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot. 1 kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti kita berlari 1 km setiap hari. Selepas berumur 35 tahun, mereka yang tidak aktif akan hilang 250 g otot setahun dan menambah 700 g lemak. Latihan berat akan melambatkan proses penuaan.

Mitos 4 : Semua Lemak Memudaratkan

Realiti : Ya lah. Apabila banyak lemak boleh membawa kepada obesiti dan mengundang banyak penyakit. Tetapi, tubuh juga memerlukan lemak. Ia melambatkan proses penuaan dan menangani masalah kelaparan dalam jangka masa yang lama berbanding dengan karbohidrat. Apa yang penting ialah anda harus kenal lemak 'baik' dan lemak 'jahat'. Anda harus faham bahawa lemak juga satu makronutrien penting (sejumlah 15% lemak diperlukan dalam pengambilan kalori harian anda).

Mitos 5 : Untuk membina tubuh langsing, perlu berlatih beberapa jam sehari

Realiti : Jangka masa latihan sebenar sepatutnya tidak melebihi sejam. Walaupun perlu bersosial, ada baiknya jangan buang masa berbual waktu di gim atau minum di lounge. Untuk senaman, yang penting adalah kualiti senaman dan bukannya kuantiti. Contoh macam saya, akan hanya ke gym 1-2 kali seminggu tetapi setiap kali saya pergi, sudah pasti masa itu penuh dgn senaman berkualiti!

Panduan Penjagaan Reproduksi Wanita

Cemburu dengan bentuk tubuh terutama bahagian pinggul selebriti Hollywood atau selebriti tanah air? Mahu kelihatan cantik dan seksi seperti mereka?

Lebih baik, jangan terlalu mementingkan bentuk tubuh yang seksi semata-mata. Paling penting bagi golongan wanita adalah menjaga bahagian reproduksi dengan baik lebih-lebih lagi dari aspek kesihatan.

Maksudnya, jaga otot dan tulang pinggul dengan baik untuk menjamin kesihatannya. Pinggul yang sihat membuatkan anda kelihatan lebih seksi.

Mahu tahu panduan menjaga kesihatan bahagian tubuh badan yang penting?

Ikuti tip dibawah:

Kebiasaan Memberi Kesan

Jika dilihat dari penampilan anda dari bahagian belakang badan, tulang pinggul di bahagian pinggul memberikan bentuk tubuh agar kelihatan lebih berlekuk.

Namun, jika diperhatikan lagi, tulang pinggul ini dibentuk oleh tiga tulang yang saling berhubungan dan ia sangat penting bagi menentukan kebolehan anda untuk melahirkan anak secara normal ataupun sebaliknya.

Menurut pakar, bahagian dalam tulang pinggul ini membentuk seperti ovul dan semakin ke bawah ia membentuk segi tiga. Di bahagian ini, terdapat banyak organ termasuklah organ reproduksi.

Inilah sebab dikatakan bahawa sangat penting untuk menjaga kekuatan tulang ini. Seperti yang kita sedia maklum, kekuatan tulang bakal berkurangan disebabkan pengaruh hormon, terutama apabila meniti ke alam menopause.

Ini kerana, hormone estrogen, selain dapat mempengaruhi kesihatan tulang, memberi pengaruh kepada jantung, kulit dan mata.

Tidak dinafikan, di usia muda kita kelihatan sihat tanpa sebarang risiko penyakit berkaitan tulang atau pinggul. Namun kebiasaan kita sedari muda ini akan memberi kesan ketika usia mencecah 40 ke atas.

Ini adalah kerana, wanita di ambang usia 40-an yang akan menempuh saat-saat menopause akan mengalami kekurangan estrogen. Biasanya, bahagian-bahagian di sekitar pinggul, tulang belakang dan lengan menjadi tumpuan diserang sakit.

Jadi, adalah penting menjaga kesihatan bermula dari usia yang muda.

Kalsium dan Makanan Seimbang

Pengambilan makanan juga penting untuk menguatkan tulang pinggul. Makanan seimbang seperti kandungan lemak, karbohidrat dan protein juga perlu dititikberatkan.

Janganlah anda langsung tidak mengambil lemak dalam makanan anda. Lemak juga diperlukan oleh tubuh, terutama sekali apabila anda aktif dan masih produktif lagi untuk membentuk hormone estrogen dan progesterone, yang boleh mempengaruhi kekuatan tulang.

Antara senarai zat yang disebutkan tadi, sudah tentunya pengambilan kalsium adalah yang paling penting dan perlu dititikberatkan.

Jika selama ini kita fikir hanya susu sahaja yang mengandungi kalsium dan boleh membantu menguatkan tulang, ternyata anda silap sebenarnya. Keperluan kalsium pada individu berbeza dan ia juga bergantung pada faktor usia dan aktiviti seharian anda.

Wanita di usia muda memerlukan lebih kalsium kerana cenderung lebih aktif bergerak dan lebih produktif.

Kalsium bukan sahaja datangnya daripada susu ataupun produk-produk susu seperti keju, tetapi boleh juga hadir di dalam makanan seperti daging.

Jika anda tidak gemarkan susu, boleh juga nikmati makanan lain yang mempunyai kalsium. Jadi, tidak ada alasan lagi untuk anda mengelak.

Elak Jatuh

Masa itu emas.

Tapi jangan salah sangka.

Jangankan kerana memegang prinsip itu, anda melakukan kerja terburu-buru, dan sentiasa cepat hinggakan anda tidak hiraukan soal keselamatan dan kesihatan diri.

Berjalan atau berlari terburu-buru boleh mengakibatkan kemalangan.

Ada juga yang lebih senang menunggang motosikal dengan tujuan mahu menjimatkan masa ke tempat kerja tanpa perlu menghadapi kesesakan lalu lintas.

Bawa diri anda sebaik-baiknya. Maksudnya, berhati-hati ketika berjalan, berlari, mahupun ketika menunggang motosikal. Kerosakan tulang terutama di bahagian tulang panggul, boleh berlaku jika anda terjatuh, ketika menunggang motosikal.

Fungsi tulang pinggul akan berubah dan bengkok hingga mneyebabkan bentuk ovalnya lari daripada bentuk asal.

Tentu nampak tidak cantik dan sedikit mencacatkan 'pemandangan' bukan?

Kemungkinan lain pula, tulang pinggul yang tidak sempurna tadi, boleh mempengaruhi situasi anda ketika mahu melahirkan anak. Kerana bentuk jalan lahirnya tidak sempurna dan bentuk panggulnya tidak bagus, bimbang nanti anda melahirkan anak dengan cara pembedahan (Caesarean) pula.

Bersenam

Imbas kembali kali terakhir anda bersenam atau olahraga.

Adakah seminggu, sebulan atau setahun yang lalu?

Wah, teruk sangatlah kalau sememangnya sudah setahun anda tidak berolahraga.

Sebaiknya, anda harus mula menyenaraikan latihan olahraga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di dalam rutin anda seharian.

Ini memastikan tulang anda tetap kuat walaupun anda semakin dimakan usia.

Olahraga yang paling penting sekali adalah latihan beban. Olahraga lain seperti jogging, jalan kaki, berjalan atau angkat berat yang boleh memberikan beban terhadap tulang belakang anda juga perlu dilakukan.

Jaga Otot Lain

Bukan sahaja tulang pinggul yang perlu diberi perhatian, tetapi otot pinggul juga perlu dijaga dengan baik.

Otot pinggul ini berfungsi sebagai landasan kepada organ reproduksi termasuk rahim dan ovari.

Rahim yang ada di dalam rongga perut seolah-olah 'melayang' tetapi ada tali penggantungnya di sebelah kanan dan kiri, juga dibahagian depan, belakang, atas dan bawah yang menempel di otot.

Jika otot ini kuat, ia bermaksud keadaan organ reproduksi berada di dalam posisinya yang terbaik.

Keadaan otot pinggul untuk wanita berusia 20 – 30 tahun biasanya berada di dalam keadaan yang baik. Justeru, sejak di usia muda lagi lah kita perlu melatih dan memeliharanya agar terus berada dalam keadaan yang sihat dan baik hingga ke tua.

Azam Fitness 2011? 5 Sebab Ramai Tidak Mencapainya?

Probably ramai pembaca blog saya mempunyai azam tahun baru untuk fitness dan kesihatan anda….for most it its..”tahun ini saya nak cuba kurangkan lemak pada perut dan peha” atau “this is the year where I will be fit and be serious about my health” dan macam-macam lagi. Tapi, kenapa ramai yang gagal dalam usaha mereka untuk merealisasikan azam tahun baru? Biar saya terangkan:

5 Sebab Ramai Gagal Mencapai Azam Fitness 2011

  1. Kita tidak sukakan perubahan: Tiada siapa yang sukakan perubahan- contohnya menukar sarapan lazat yang telah anda nikmati selama bertahun-tahun. Its hard to break habits…lagi2 if we are perubahan yang drastik kepada cara pemakanan dan gaya hidup. Some of us may be able to bear the changes untuk jangka masa pendek..tetapi gagal over time kerana bosan.

    My advice? Lakukan perubahan dengan perlahan-lahan or make changes one at a time. As you adjust to those changes, continue on making changes. Yang penting adalah progress dan perubahan untuk jangka masa panjang.

  2. Tiada kesabaran: Kita semua inginkan results yang cepat…..tetapi ingat! Mungkin it has taken you 12 years untuk menambahkan berat badan anda, so sekarang tiba-tiba nak perbubahan dalam masa 12 minggu? Ini tidak praktikal sama sekali.

    My advice? Sabar lah wahai manusia ku..hahahah…..bukan tak boleh melakukannya dalam 12 minggu tetapi kebanyakkan daripada kita semua tidak mempunyai disiplin dan know-now untuk menjayakannya. Jika anda berjaya sekali pun, macamane dengan amalan pemakanan dan senaman selepas itu. Take your time…you have an entire lifetime to make it happen.

  3. Matlamat tidak realistik: Ini berpunca kerana terlalu banyak menonton TV atau muka depan sesebuah majalah. Ramai yang ingin kelihatan menarik seperti model. Adakah ini munasabah ? Tentu sekali, Cuma ia akan mengambil masa.

    My advice? Be practical. Carilah matlamant yang serasi dengan kehidupan, umur dan gaya hidup anda. Also mulakan dengan matlamat sederhana, reach those targets dan teruskan usaha anda.

  4. Tiada panduan: Sama seperti memandu dalam gelap tanpa peta ( panduan ), Hanya menyerah kepada nasib untuk mencapai matlamat anda.

    My advice? Anda memerlukan panduan. Kalau tiada ahli keluarga atau kwan yang sesuai, dapatkan panduan daripada orang yang berkelayakkan. People like me, can help you analyze your current lifestyle dan tentukan matlamat yang munasabah.

  5. Kurang pengetahuan: Ini lebih kurang sama dengan “tiada panduan”. You need know how untuk mengawal “nasib” berat badan dan kesihatan anda. Its not about luck. Sesetengah orang menunjungi gim hari2 tetapiu masih gagal dalam usaha mereka untuk mencapai azam mereka. Why? Sebab tiada know-how dan melakukan perkara di gim yang bercanggah dengan matlamat mereka.

    My advice? Get some reference guide and know-how. Dapatkan eBook panduan kurangkan mahupun penambahan berat badan dari saya. Knowledge is power.

Adakah Otot Membesar Bila Angkat Berat Di Gym?

Tidak! Otot sebenarnya membesar sewaktu rehat.

Sesi senaman di gym merupakan perangsang untuk pembesaran otot tetapi ia perlu direhatkan selepas itu. Latihan mengangkat berat menyebabkan koyakan microskopik kepada otot yang dilatih.

Otot itu perlu direhatkan untuk membolehkan badan membaiki dan sekaligus membesarkan (menguatkan) otot berkenaan. Proses ini mengambil masa lebih kurang 48-72 jam. Oleh kerana itu, anda diggalakan untuk menunggu paling kurang 48-72 jam sebelum melatih otot yang sama sekali lagi.

Tanpa rehat antara sessi ini, usaha anda agak sia-sia.

Rehat Bermusim

Bagi atlit dan pengunjung kerap gym - sendi, tulang dan otot anda banyak melalui wear & tear yang tidak dapat dibaiki dalam sehari-dua. The only way to allow your body to fully recuperate, adalah dengan menjadualkan rehat bermusim setiap 3-5 bulan. Berapa lama anda harus rehat? Saya syorkan 1-2 minggu. Dalam period tersebut, anda harus rehat sepenuhnya untuk membolehkan badan anda pulih sepenuhnya. Rehat bermusim ini juga bertujuan untuk refuel your mental enthusiasm. Lama-kelamaan, semua orang jemu melatih week in and week out, jadi rehat bermusin ini sesuai untuk rehatkan diri anda dari segi fizikal & rohani.

Takut rehat ini akan merosotkan perkembangan anda?

Mungkin anda akan kehilangan sedikit performance atau kekuatan sewaktu rehat bermusim, tetapi ia hanya sementara dan cepat kembali apabila anda mulakan training semula. Ia umpama stock market yang mempunyai kitaran atas & bawah (up & down cycle).

Anda terlalu kurus and ingin menambah berat badan?

Dapat panduan ebook terbaru saya: Panduan menambah 5kg dalam 10 minggu untuk hanya RM20.

Ingat : yang penting adalah kualiti dan bukan kuantiti senaman. Untuk panduan menambah otot dan berat, sila rujuk kepada ebook saya Panduan Menambah 5kg Dalam 10 Minggu