IMAN ADDIN

Thursday, April 21, 2011

Bicara buat Teman

Teman, aku ingin.....
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
menyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terrengut,
roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.

marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Masyar nanti.

Sunday, April 17, 2011

Berkata Baik Atau Diam

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (Surah At-Taubah 9: Ayat ke 128)

Pesanan Penting Dari Rasulullah Saw

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.

Riwayat : Bukhari – Kitab Etika (Hadith no.5559) Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 67)Tirmizi – Kitab Suasana Hari Kiamat (Hadith no. 2424)Abu Daud – Kitab Etika (Hadith no. 4487)Ibnu Majah – Kitab Fitnah (Hadith no. 3961)Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 267 & 433)

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!

Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.

Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.

Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.

Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.

Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.

Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.

Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.

Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.

Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.

Saya sedih melihat mak seperti itu.

Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.

Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.

Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.

Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.

Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.

Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.

Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.

Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.

Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.

Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.

Anehnya, mak menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.

Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.

Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.

Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.

Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.

Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.

Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.

Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.

Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.

Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.

Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.

Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.

Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.

Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.

Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.

Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!

Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

Cantik itu Subjektif

Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik. Tetapi, saya selalu dengar orang puji mama saya cantik. Baru saya tahu mama saya cantik. Cantik itu adalah mama saya.

Maka saya tengok mama saya. Muka mama putih melepak, mata beliau tajam menggoda. Baba kata macam mata kucing. Ramai orang ingat mama pakai kanta lekap tetapi sebenarnya mata mama memang Allah cipta sebegitu.

Mama juga seorang yang peramah dan lemah lembut. Beliau merupakan seorang guru. Apabila saya pergi ke sekolah mama, saya selalu dengar pelajar-pelajar mama puji mama cantik.

Apabila saya mula meningkat remaja, orang selalu kata kakak saya cantik macam mama saya.

Baru saya perasan, kakak saya cantik. Tetapi kakak saya berbeza daripada mama saya. Bulu mata dia lebat, melentik, dan mata dia besar. Kulit dia pula putih bersih, tidak berjerawat serta memiliki badan yang kecil.

Dia seorang yang lemah lembut dan peramah serta mudah mesra dengan orang. Dia mempunyai ramai kawan, dan ramai orang menyukai dan meminatinya.

Semua guru sukakan dia dan ramai lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Kadang-kadang mereka berkawan dengan saya semata-mata ingin mendekati kakak saya.

Saya berbeza dengan mama dan kakak, saya tidak pernah mendapat pujian seperti mereka. Saya selalu mendengar kata-kata seolah-olah membandingkan saya dengan mama dan kakak.

Kadang-kadang mereka tidak menyangka bahawa saya merupakan anak dan adik kandung kakak memandangkan saya tidaklah secantik mereka.

Saya tembam, berkulit gelap, berjerawat, dan berangka besar. Saya juga seorang yang agak kasar dan garang. Kehidupan saya lebih rapat dengan abang-abang berbanding dengan kakak, oleh sebab itu saya membesar menjadi seorang perempuan yang tegas.

Saya membesar dengan pelbagai kritikan. Saya teringin untuk menjadi cantik seperti mama dan kakak, tetapi mustahil untuk saya menjadi cantik seperti mereka walaupun saya ber"make up" tebal.

Kecantikan mereka merupakan kurniaan Illahi, dan saya tidak dikurniakan memiliki kecantikan seperti itu.

Namun saya redha dengan apa yang Allah beri pada saya. Kawan saya cakap cantik tu subjektif. Ada orang yang nampak cantik di mata semua orang, dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang sahaja. Saya mengaku, kata-kata kawan saya itu ada benarnya.

Jadi, saya tidak lagi mencuba untuk nampak cantik di mata sesiapa. Kerana saya tahu saya tidak mampu untuk kelihatan cantik seperti mama dan kakak.

Saya telah berjaya buktikannya. Kecantikan luaran saya tidak mampu ubah, tetapi kecantikan peribadi masih boleh saya miliki. Kecantikan akhlak, budi bahasa membuatkan saya juga memiliki ramai kawan dan guru-guru juga turut menyukai saya.

Saya sentiasa berusaha untuk menjaga akhlak saya dengan kawan-kawan dan dengan guru. Saya sentiasa mencuba untuk membuat baik dan membantu mereka. Alhamdulillah, saya mampu buktikan saya juga berjaya memiliki apa yang kakak saya miliki walaupun saya tidak dikurniakan kecantikan rupa paras seperti mereka.

Perkara tu sangat susah untuk saya lakukan kerana pada asalnya, saya bukanlah begitu. Pada mulanya saya seorang wanita yang sombong dan berperangai buruk. Saya tahu saya tidak boleh ubah rupa paras saya, tapi saya boleh ubah perangai dan akhlak saya. Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak saya cantik.

Secara beransur-ansur, saya cuba untuk menjadi perempuan yang berakhlak mulia, bersopan santun dan lemah lembut.

Saya mengaku saya memang tidak boleh ubah diri saya jadi lemah-lembut seperti mama dan kakak. Mereka memang begitu ukurannya, dan saya memang begini ukurannya. Namun saya telah mencuba sedaya upaya untuk memiliki sifat-sifat baik yang perlu dimiliki oleh wanita muslimah. Bukan untuk memiliki ciri-ciri seperti kakak dan mama, tetapi membentuk ciri-ciri saya sendiri yang Allah pendamkan dalam jiwa saya berdasarkan yang telah diajar oleh Baginda Rasulullah saw..

Secara jujurnya saya tidak mampu untuk memiliki sifat lemah-lembut seperti kakak. Hati saya bukan seperti hati kakak yang berjiwa lemah lembut. Mungkin situasi yang kami lalui berbeza, maka sifat yang membentuk peribadi kami berbeza.

Saya terdidik dengan kritikan dan hati saya sedikit sebanyak telah terguris walaupun pada dasarnya tidak pernah kelihatan. Namun ia telah membentuk peribadi yang lebih keras dan tegas supaya saya mampu mengharunginya.

Saya telah berusaha untuk menjadi yang terbaik, namun masih ada lagi kata-kata yang terkeluar daripada mulut-mulut yang tidak sedar dengan pemberian Allah yang mampu mengguris perasaan saya.

Masih ramai lagi orang yang selalu membanding-bandingkan saya dengan mama dan kakak dengan kecantikan luaran. Malah mereka selalu persoalkan kenapa paras rupa saya tidak cantik seperti mama dan kakak saya tanpa rasa bersalah. Saya betul-betul terguris dengan kata-kata seperti itu walaupun saya tidak pernah menzahirkannya. Hanyalah Allah yang memahami perasaan saya.

Walaupun hati saya banyak terguris dengan kata-kata mereka, namun saya bertekad dan ingin membuktikan bahawa kecantikan bukan penentu kebahagiaan, yang penting adalah dengan ilmu yang saya miliki dan cara saya membawa diri.

Saya pun menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya selalu dengar, tidak guna cantik andai tidak berilmu. Saya ingin menjadi seorang yang berilmu.

Kekurangan saya, saya jadikan perangsang untuk berjaya. Saya berjaya kerana saya berusaha, bukan kerana paras rupa saya. Biarlah saya menang kerana memiliki ilmu bukan kerana memiliki kecantikan. Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri.

Baru kini saya sedar, walaupun Allah tidak kurniakan saya kelebihan dari segi kecantikan, namun Allah telah memberi saya banyak kelebihan yang tidak semua orang miliki.

Saya memiliki kemahiran melukis dengan baik, boleh mencipta dan mengubah lagu, serta Allah juga mengurniakan saya pemikiran yang kreatif untuk mereka sesuatu yang baru.

Saya berjaya buktikan kecantikan itu bersifat subjektif. Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.

Alhamdulillah. Banyak pengajarannya daripada kekurangan saya ni. Disebabkan saya tidak cantik, saya tidak terlalu mengejar produk-produk kecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.

Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.

Saturday, April 16, 2011

Kelembutan itu Kebaikan

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."(Riwayat Muslim)

Sifat Lemah Lembut

1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.
3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal."(Riwayat Muslim)

1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.

2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.

3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.

4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Surah Ali-Imran 3: Ayat Ke 159)

Tuesday, April 12, 2011

10 wasiat untuk muslimah...

sepuluh wasiat ini disampaikan baginda saw kepada puterinya Fatimah... semoga ianya menjadi panduan bukan sahaja kepada kaum wanita tetapi juga lelaki dalam mengharungi hidup.

1. ya Fatimah... kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah swt pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. ya Fatimah... kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah swt menjadikannya tujuh tabir pemisah dirinya dengan neraka.

3. ya Fatimah... tiadalah seorang wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya dan mencuci pakaiannya melainkan Allah swt akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. ya Fatimah... tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya melainkan Allah swt akan menahannya daripada minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. ya Fatimah... yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andai kata suamimu tidak redha kepadamu maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah kemarahan suami adalah kemurkaan Allah swt.

6. ya Fatimah... apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah swt menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah swt menerima pahala baginya sama dengan pahala pejuang di jalan Allah swt. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dilahirkan daripada kandungan ibunya. Apabila meninggal ketika melahirkan maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Di dalam kubur akan mendapat taman yang indah yang merupakan bahagian dari taman syurga dan Allah memberikan pahala kepadanya sama seperti pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat.

7. ya Fatimah... tiadalah wanita yang melayani suaminya selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas melainkan Allah swt mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan dan Allah swt memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. ya Fatimah... tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami melainkan Allah swt memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. ya Fatimah... tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah swt mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. ya Fatimah... tiadalah wanita yang meminyaki kepala suaminya dan menyisirnya, meminyaki janggutnya dan memotong kumisnya serta memotong kukunya melainkan Allah swt memberikan minuman yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah swt mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. Allah swt menetapkan baginya bebas dari seksa neraka serta dapat melintasi siratal mustaqim dengan selamat.

semoga sepuluh perkara ini menjadi satu tiupan semangat untuk kita semua dalam meredah onak dan duri kehidupan dunia.