IMAN ADDIN

Wednesday, December 29, 2010

Mahabah Cinta Kepada Rasulullah SAW

Assalamuaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar sayangku ? bagaimana keadaan iman dan hati di saat ini?adakah Masih indah terang bercahaya?

Adakah ia masih basah berembun kan zikrullah? Jika ya Alhamdulillah and keep istiqamah dear…..Atau ianya perlu diubati supaya ianya kembali suci?jika begitu, aiwa2 kita sama2 sucikannya.

Pertama-tamanya dan selamanya syukurlah ke hadrat Ilahi atas hembusan rahmatNYA ke atas setiap makhluk di muka bumi ini. Junjungan selawat buat kekasihNYA Rasulullah SAW penyampai wahyu mulia ILAHI. Kaum kerabat baginda, para sahabatnya dan juga kepada orang-orang yang selalu menolong dan berjuang bersamanya .Suara yang membawa kebenaran. Suara yang datang dari tuhan. Kalam suci Al-Quran al-karim. Serta telah diharumkan dengan sabda nabi penyelamat umat akhir zaman.

Semoga Allah senantiasa Memberkati dan Merahmati kita serta membantu kita supaya Istiqamah di jalan-NYA ini, Insya Allah. Memang mustahil bagi kita hambaNYA yang hina tetapi tidak mustahil bagiNYA tuhan bagi sekalian alam dan makhluk.

Salam sayang salam dakwah dan salam ukhwah dengan penuh cinta, lafaz dan harapan ustazah tujukan buat ayahanda dan bonda tercinta, abang dan adik2 , guru2 dan sahabat2 serta pemuda yang dijanjikan Allah untuk ustazah kiranya ada yang disayangi dan dirindui kerana Allah SWT.

Kali ini ustazah nak kongsikan beberapa kisah tentang betapa besarnya mahabah dari cinta kepada Rasulullah SAW. Alangkah indahnya jika kita salah seorang yang lahir dan sentiasa berada di sisi Rasulullah pada zaman hayat baginda yang sangat mulia. Tetapi janganlah kita lupa dan renungkanlah kembali mengapa kita terpilih menjadi umat baginda setelah ketiadaan baginda yakni umat akhir zaman.

Terdapat suatu kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya, “siapakah engkau?” Makhluk itu menjawab, “Akulah amalmu yang buruk.” Lelaki itu bertanya, “Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?” Makhluk itu menjawab, “ dengan membaca selawat kepada nabi Muhammad SAW”

Rasululla SAW telah bersabda :

“Selawat ke atasku adalah nur di atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun.”

Cinta kepada Rasul SAW jua menyempurnakan cinta terhadap Allah SWT. Barangsiapa mengaku empat hal tanpa bukti empat hal, pengakuannya adalah dusta. Barangsiapa mengaku cinta Syurga, namun tidak taat, jelas dia bohong. Siapa mengaku cinta Nabi Muhammad SAW, namun tidak menyukai ulama dan fuqara’, maka pengakuannya tidak benar. Lalu barangsiapa mengaku takut akan neraka, tetapi tidak meninggalkan maksiat, tanda dia dusta. Dan barangsiapa mengaku cinta kepada Allah SWT, padahal dia mengeluh ketika ditimpa bala, maka pengakuannya adalah bohong.

Hal ini dapat dilihat dalam syair Rabiatul Adawiyah :

Engkau derhaka.

Tetapi mengaku cinta padaNYA

Inilah keanehan zamnaku.

Jika benar engkau cinta. Tentulah mentaatinya selalu.

Pencinta akan taat pada Kekasihnya!

Allah telah berfirman yang mafhumnya :

“katakanlah jika kamu mengasihi Allah, ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Perngampun lagi Maha Penyayang.”

( Surah Al-Imran :31)

Tanda ‘mahabbah’ adalah mengikuti yang dicintai dan tidak menentangnya. Oleh itu, jika kita cinta Allah hendaklah kita mngikuti segala perintah dan laranganNYA. Jika cinta Rasulullah ? adakah dengan hanya menutup telinga apabila ada suara2 hina yang mengeji Rasulullah? Atau meninggalkan segala sunnah baginda? Tidak mencinta dan tidak mempercayai sahabat baginda dan ahlul bait? Haa fikir-fikirkanlah. Tepuk dada Tanya iman kita.

Hakikatnya bersyukurlah kita menjadi umat baginda Rasulullah SAW. Sesungguhnya terdapat banyak nikmat yang akan kita perolehi berbanding dengan umat2 sebelum ini. Bayangkanlah jika kita hanya berniat untuk melakukan kebaikan sudah mendapat pahala apatah lagi melakukan kebaikan tersebut, malah jika kita ada niat untuk melakukan kejahatan tiada catatan kejahatan akan dicatit oleh malaikat atid untuk kita selagi kita tidak melakukan perbuatan buruk tersebut. Subhanallah hebat umat Nabi Muhammad SAW ini bukan?.

Tetapi lihatlah dengan mata hati antum kembali adakah kita termasuk dalam golongan umat baginda yang bersyukur dan menyatakan pengakuan terhadap cinta kita kepada Baginda ? berapa kalikah kita berselawat ke atas baginda dalam satu saat? Satu jam? Satu hari? Satu tahun? Selama hayat kita? Macam boleh kira dengan jari kan? Itulah dia kita umat yang mengaku cinta kepada baginda Rasulullah SAW ,tetapi sebenarnya derhaka. Tetapi sayangku ingat atau tidak, di mana di saat nyawa baginda dikerongkong baginda masih ingat akan umat baginda, sedih, pilu, sebak hingga mengalir air mata baginda.

Umati,umati,umati…. Lafaz itu sudah cukup membuktikan betapa sayang dan kasihnya Baginda terhadap umatnya yang terpilih sebagai umat akhir zaman. Zaman yang dikenali sebagai zaman yang paling akan diuji sehingga datangnya kiamat. Zaman siapa tu? Zaman kitalah! Fikirkanlah jangan buat-buat tak tahu atau lupa. Fikirkan di mana posisi kita sekarang. Adakah Masih mendokong aqidah di jalan Allah yang lurus atau sudah jauh melencong menjayakan misi syaitan yang direjam? Tepuklah dada dan tanyalah iman sayangku. Marilah kita sama2 bangun kembali dan bina kembali aqidah kita dari dasar dan perteguhkan susunan batu batanya dengan kepercayaan yang teguh kepada Allah SWT, berpegang erat dengan Alquran dan Sunnah dan sematkanlah semangat juang baginda Rasulullah SAW dalam mengaharungi fitnah dan dugaan di Akhir zaman ini.

Ayuh marilah kita bersama-sama menjadi generasi khilafah di mana satu hari yang pasti nanti kita akan berada di belakang Nabi Isa as dan Imam Mahdi melawan fitnah Dajjal. Akhirnya kemenangan yang Allah janjikan akan jadi milik kita umat islam yang suci luruh yang hanya berjuang FISABILILLAH! Hingga saat yang Allah janjikan tiba… Hari Kiamat yang pasti datang melabuhkan tirai dunia seterusnya membuka tirai perjalanan akhirat yang bermula dari mahsyarNYA, kemudian mizanNYA, seterusnya SiratNYA, akhirnya Syurga atau nerakaNYA. Berdoalah supaya Allah akan pilih kita lagi mendapatkan rahmatnya di akhirat nanti.

Semoga Allah selalu memberikan Taufiq dan pertolonganNYA kepada kita sehingga kita dapat berjalan mengikut manhaj NabiNYA . Semoga Allah mengumpulkan kita esok di hari qiamat bersama golongan baginda Muhammad SAW dan menggabungkan kita bersama di SyurgaNYA. Amin Ya Rabbal A’lamin .

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment